Aktiviti Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Sukan Lasak Akmar Hisham

Datuk Akmar Hisham aktif di dalam aktiviti komuniti, belia dan projek kebajikan. Beliau merupakan Timbalan Presiden Kelab Sahabat Bina Negara, Penasihat Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia, Penaung Persatuan Generasi Bestari Selangor dan Penasihat kepada Projek Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1 Malaysia.

Selain itu beliau juga merupakan Penasihat Kelab Kartunis Malaysia, Penasihat Ekspedisi Felda Everest 2013, Penasihat Ekspedisi KE7B Felda Greenland 2014.[3]

Beliau turut menjadi Penasihat Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015 dan yang terbaru sebagai Penasihat Ekspedisi KE7B Kutub Utara 2017.